Cahaya Nusantara - Projek blog perbincangan tentang kehidupan dan pemikiran Kristiani, falsafah dan teoloji, budaya popular dan glokal, perbandingan agama, kerjaya dan iman, pembentukan rohani, misi dan gereja dalam Bahasa Malaysia. Dalam permulaan yang kecil ini, kami berdoa agar Tuhan dapat memberkati pelayanan ini dan mencurahkan berkat-Nya kepada para jemaah di seluruh pelosok Nusantara untuk memahami dan menghidupkan Firman Allah dalam dunia ini.
Misi
Cahaya Nusantara berhasrat untuk menggalakkan para pengikut Yesus untuk menghidupkan dan memuliakan Tuhan dalam segala aspek kehidupan mereka. Sebagai pergerakan dalam peringkat akar umbi, Cahaya Nusantara berhasrat untuk meningkatkan penulisan dan kerja pemikiran Kristiani dalam bahasa Malaysia di kalangan orang awam, sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan. Melalui bahan-bahan penulisan ini diharapkan umum dapat membentuk pandangan dunia dan pemikiran yang berasaskan Alkitab yang teguh untuk berdialog dalam masyarakat sekular dan umum.
Ini kerana gereja di Malaysia menghadapi beberapa cabaran semasa dalam kehidupan dan misinya seperti etika moral, sains moden, pluralisme agama, hubungan gereja-negara, budaya, relativisme, ekonomi, hubungan etnik, sekularisma, globalisasi dan sebagainya.
Adalah menjadi pegangan kuat kami bahawa cabaran terbesar bagi Gereja pada hari ini adalah untuk berhadapan dengan budaya semasa secara konstruktif dan kritikal melalui pemahaman Alkitabiah yang sejati.
Sehinggalah kita berbuat demikian, kesaksian Gereja untuk Kristus akan terjejas. Cahaya Kristus dalam Nusantara tidak akan terang.
Visi
Kami berhasrat untuk memantapkan nilai-nilai berikut dalam kehidupan peribadi, keluarga dan komuniti kami.
1. Memikirkan pemikiran Tuhan – untuk berfikir tentang isu-isu kehidupan, kepercayaan dan budaya dengan minda yang berserah kepada Firman Tuhan. Untuk mengintegrasikan minda, emosi, keinginan, dan kekuatan secara holistik untuk menyembah Tuhan dan mengetahui pelan Tuhan untuk masa kini.
2. Komuniti elektronik - Kami ingin berdialog dan berbincang dalam konteks komuniti antara satu sama lain untuk memanfaatkan pengajaran, teguran dan latihan daripada orang lain, supaya kita dapat dilengkapi untuk segala kerja yang baik. Kekangan lokasi menyebabkan kami memerlukan pendekatan yang lebih kreatif untuk berkomunikasi.
3. Misi dalam Panggilan – Untuk menjadi duta Kristus yang dilengkapi ilmu ketuhanan, menawan hati, dan bijaksana dalam memenuhi panggilan kita di mana sahaja kita berada, untuk menjadi soldadu kasih dan kebenaran. Kami percaya bahawa iman tidak bercanggah dengan logik. Kami juga percaya bahawa tidak terdapat sebarang pembahagian antara kerjaya dan iman, bidang sekular dan spiritual, ilmu dunia dan ilmu rohani. Semua aspek kehidupan wajib diterangi berdasarkan Alkitab.
Nilai dan Pegangan
Kami percaya bahawa Alkitab adalah teks yang boleh dipercayai dan benar, dan Yesus adalah satu-satunya jalan di mana orang berdosa dapat berdamai dengan Allah.
Kami mengalu-alukan umum untuk bekerja bersama-sama secara transdisiplin untuk meyumbang idea dan pemikiran, untuk menggalakkan semua untuk mencintai Tuhan dengan hati dan minda kita. Kami bukanlah orang terpelajar mahupun ahli akademik yang mengetahui segala-galanya, tetapi kami akan cuba sedaya-upaya untuk menggunakan sumber-sumber ilmu yang ada sebaiknya.
Kami mempunyai kecenderungan untuk menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Tetapi kami juga ingin bertumbuh dalam pemahaman kami terhadap Firman dan dunia Tuhan. Kami mempunyai komitmen terhadap Berita Baik dan mengaplikasikan teoloji kepada praktis (praksis).
Kami mempunyai komitmen dalam mengkontekstualisasikan ajaran Kristus dalam konteks Nusantara dan masyarakatnya supaya Firman Tuhan dapat difahami dalam konteks yang boleh dihayati masyarakat tempatan. Melalui penghayatan yang berakar pada jati diri masyarakat tempatan, kami percaya bahawa budaya tempatan dapat diperkayakan lagi.
Kami tidak mengeluarkan ‘fatwa’ tetapi kami berharap dapat mengeluarkan isu-isu untuk dialog terbuka dalam semangat kasih dan hormat-menghormati.

Comments