Orang Kristen Harus Berdepan Dengan Fakta Dalam Dokumentari The Discovery
Karya: Gregory Koukl
Terjemahan: Hedonese aka Dave Chang Wei Hao
Belum lagi pun Dokumentari “The Lost Tomb of Jesus” (Makam Yesus Yang Hilang) disiarkan, sudah ramai orang Kristen yang cemas. Cuma kerana ada yang mencadangkan bahawa rangka tulang Yesus (Nabi Isa) telah dijumpai dalam kotak batu kapur, ramai penganut naik darah dengan gaya “ja ngan-kelirukan-saya-dengan-kenyataan”.
Nampaknya, ramai penganut Kristen tidak perlu tengok bukti sebelum membuat keputusan. Apabila satu banci di laman web bertanya, “Percayakah anda dokumentari “Makam Yesus”, yang menolak kebangkitan Kristus?”, 97% menjawab: “Tidak”. Penilaian ini dibuat tiga hari sebelum rancangan itu disiarkan. Kepercayaan membuta tuli lebih senang, bukan? Sebenarnya, langsung tidak payah berhadapan dengan para pengkritik.
Lepas itu, ada pula para pembuli yang menuntut Discovery supaya membatalkan rancangan fitnah ini. Sebuah organisasi Kristen menulis surat yang begini:
“Saya berasa marah dengan cubaan Discovery Channel memperkecilkan dan merendahkan maruah agama Kristen dengan tuduhan bahawa ia berdasarkan dusta semata-mata. Sukar saya percaya bahawa Discover Channel berani membuat dokumentari begini tentang agama lain. Hakikatnya anda mungkin telah menolong kita menyedarkan berjuta-juta orang Kristen akan ketaksuban anda yang serong terhadap agama Kristen. Mungkin mereka tidak akan berdiam diri lagi.”
Tindakan mengerasi orang lain sangat memalukan saya, sebagai pengikut Kristus, dan ia harus membimbangkan setiap penganut Kristen yang bertimbang rasa. Bukan sahaja ia berundur dari cabaran sah yang perlu disahut, tingkah laku begini bersifat tertutup.
Lihatlah, walaupun anda sudah yakin kepada Alkitab, isu ini masih belum selesai bagi berjuta-juta orang lain yang berminat dengan kepercayaan anda dan masih menunggu jawapan yang berakal budi dari kita.
Ada banyak sebab munasabah untuk kita pertikaikan kesimpulan dokumentari tersebut, tapi tiada yang akan tahu jika orang Kristen sendiri menyembunyi di sebalik tembok kubu. Setelah menonton dokumentari itu, beberapa masalah muncul di minda:
Para sarjana sudah menemui makam-makam ini lebih dari 25 tahun yang lampau. Ada sebab mereka tidak memandang serius nama-nama tertulis di atas kotak rangka ini. Hanya tiga nama mempunyai kaitan dengan Alkitab: Yesus, Mary dan Joseph. Dan kumpulan nama ini, dari sudut statistik , bukan luar biasa. Pada hakikat, anehnya jika makam sesebuah keluarga tidak mengandungi nama-nama tersebut, memandangkan kegunaan mereka amat umum. Sekurang-kurangnya empat kotak rangka pernah dijumpai yang tertulis “Yesus, anak Joseph”, dan satu perempat wanita masa itu bernama Mary, jadi ada kemungkinan besar sesebuah makam ada kombinasi nama begini. Bagaimana pula tentang hubungan Yesus dengan nama-nama lain? Di sini, spekulasi yang liar tentang hubungan Yesus hanyalah suatu mainan agak-mengagak.
Keseluruhan hujah berdasarkan makna kebarangkalian ‘statistik’ kelompok nama-nama itu. Jika Yesus telah berkahwin, dan jika Yesus (Nabi Isa) bernikah dengan wanita bernama Mariamne, dan jika Mariamne itu nama samaran bagi Mary Magdalena, dan jika Yesus ada adik bernama Matthew, dan jika Yesus juga ada anak bernama Judas, dan jika rangka tulang James yang terkenal itu milik James, adik lelaki Yesus, maka anda dapati semua ahli keluarga Yesus di dalam makam yang sama. Akan tetapi, sudah banyak sangat andaian “jika” yang perlu dibuat tanpa sokongan bukti di sini.
Walaupun ia digelar “Makam Keluarga Yesus”, langsung tiada bukti kukuh bahawa mana-mana kononnya “ahli keluarga” tersebut mempunyai hubungan biologi. Satu-satunya ujian DNA yang dibuat – antara Yesus dan Miriamne – memberi kesimpulan negatif. Izinkan saya ulang lagi: Ujian DNA membuktikan tiada hubungan biologi. Itulah fakta. Yang selebihnya andaian spekulasi.
Dokumentari mendakwa, “Yesus dan Mary telah bernikah, mengikut cadangan bukti DNA”. Tidak masuk akal. Fikirkanlah. Mungkinkah ujian DNA membuktikan seseorang itu sudah kahwin? Dalam kes ini, bukti DNA menunjukkan bahawa Yesus dan Mary tiada hubungan biologi dari ibu yang sama, bukannya bukti hubungan suami isteri. Pada hakikatnya, Mariamne mungkin isteri mana-mana orang lelaki lain di dalam makam itu, atau pun, beliau mungkin langsung tidak mempunyai suami juga. Ujian DNA tidak “mencadangkan” apa-apa yang didakwa.
Para penyelidik mendakwa mereka hanya cuba mengaitkan bintik-bintik bukti yang bertaburan. Baik. Tapi, kenapa harus mereka mengaitkan bintik dengan cara ini? Izinkan saya menjelaskan sebabnya. Kerana cara itu sahaga dapat menceritakan kisah sensasi yang mereka inginkan. Ada banyak cara sah yang lain untuk menyambung bintik-bintik itu – teori yang jauh lebih munasabah daripada teori dokumentari tersebut. Tetapi ia tidak memberi cerita sensasi yang mereka iklankan. Sememangnya, bukankah cara ini sahaja yang mampu mencetus berita hangat yang melariskan jualan buku?
Yesus berasal dari keluarga miskin di Nazareth, bukannya dari golongan kaya atau kelas pertengahan di Jerusalem. Jadi, makam keluarga ini jenis makam yang salah, serta beralamat di dalam kota yang salah.
Dokumentari juga mendakwa Yesus bertutur secara kod. Dakwaan ini palsu. Yesus mengajar dengan cerita ibarat, seperti ramai pendita pada zaman itu, bukannya kod yang sukar ditafsirkan. Mereka juga kata Maria Magdalena adalah pengikut Yesus yang paling dipercayai. Akan tetapi, anda perlu tunggu 400 tahun sebelum bukti begini muncul dalam tulisan Gnostik yang kononnya rekod sejarah. Mereka juga mendakwa ahli keluarga Yesus dihukum bunuh kerana Beliau adalah waris takhta Israel. Ini fiksi semata-mata. Namun, perhatikan apa yang cuba mereka kecapi. Semua ketidaktepatan dan cubaan membesar-besarkan cerita dongeng ini menjadikan sesuatu yang sebenarnya karut berbunyi seakan-akan lebih munasabah.
Kita memiliki dua gambaran yang berbeza tentang apa yang telah terjadi kepada tubuh Yesus dari Nazareth 2000 tahun yang lalu. Yang pertama berdasarkan artifak kotak rangka tulang, dan gambaran kedua berdasarkan dokumen sejarah dari Matius, Markus, Lukas, Petrus dan Paulus. Ya, ia bukannya “sains jitu” tapi sekiranya yang lain-lain tidak berubah, gambaran yang mana satu membekalkan maklumat yang lebih tepat, kotak rangka tulang atau rekod tulisan? Jelasnya, rekod tulisan.
Kebangkitan Yesus dari maut adalah sebahagian dari kesaksian terawal pengikut-pengikutnya. Menurut dokumentari, saksi-saksi yang sama ini tahu tempat Yesus dikebumikan secara rahsia di Jerusalem. Kenapa ramai antara mereka mati demi melindungi dusta yang mereka sudah ketahui? Tidak masuk akal. Tapi teori sebegini yang mesti anda percaya jika mengambil serius kesimpulannya.
Jika kepercayaan Kristen bergantung kepada fakta sejarah kebangkitan Yesus, sepertimana diajar Paulus, maka pengikut Kristus tidak harus berundur atau bersembunyi di sebalik kepercayaan yang membuta-tuli sambil bermuka marah.
Tidak, jika anda seorang Kristen, tidak harus anda lari, sungut, jerit atau membuat perangai. Tapi, anda harus berterima kasih kepada Discovery Channel kerana memberi anda peluang untuk masuk padang and menjaringkan gol kemenangan yang mudah ini.

Comments