Hanya Satu Yang Anda Perlu (I)

Jika Marta tahu peristiwa beliau naik berang akan tercatat dalam Injil Lukas, mungkin akan lebih sabar beliau menahan rasa geramnya itu. Akan tetapi, kisah yang memalukannya sudah menjadi pedoman kita kerana dalam Lukas 10:38-42 kita menemui salah satu kekunci penting (yang seringkali diabaikan) untuk kita bermesra dengan Tuhan.

Ceritanya berbuka tirai dengan Yesus dan sahabat-sahabatnya merentasi bandar Bethany yang terletak hanya dua batu ke arah timur Jerusalem. Di sini, Lukas menulis, “Seorang perempuan yang bernama Marta menerima Dia di rumahnya.”

Walaupun Lukas tidak memberi maklumat lebih lanjut, saya anggap Marta menjadi tuan rumah kepada para pengikutnya juga. Kalau begitu, beliau perlu merisaukan tentang makan minum bagi sekurang-kurangnya tiga belas orang tetamu. Rasanya tidak mungkin Marta membaca terlebih dahulu jadual perjalanan Yesus. Barangkali kunjungan Yesus adalah secara spontan, tidak dijangka.

Bayangkan anda dalam situasi Marta… Bagaimana kalau pastor anda dan dua belas rakan karibnya membuat lawatan ke rumah anda suatu hari dan berkata, “Apa khabar? Kami baru sampai. Boleh kita menjamu makan malam bersama-sama di rumah anda?” Macam mana reaksi anda?

Anda mungkin cuba kelihatan teruja. “Ini sudah bagus!” anda berkata. Senyuman kaku terukir dalam wajah anda. Apabila mereka melangkah masuk, anda mungkin mula meminta maaf kerana ruang tamu kurang kemas dan dapur dipenuhi pinggan mangkuk yang kotor. Pada masa yang sama, anda cuba menggeledah almari dan peti ais, tertanya-tanya sama ada makanan akan mencukupi untuk ‘kenduri kilat’ ini?

Dapatkah anda melihat keadaan Marta pada hari tersebut? Beliau bukan pemilik restoran, tetapi cuba mengendalikan sebuah rumah sebegini!

Jika bandar Bethany mempunyai restoran Cina atau Pizza Hut, mungkin Marta secara diplomatic akan menunjukkan arah kepada Yesus dan para sahabatNya untuk mencari makan di luar. Akan tetapi, tiada pilihan baginya. Ramai tetamu berkerumun untuk makan malam. Walaupun beliau ada niat yang baik, pergelutan dalam hatinya sukar dapat dielakkan.

Sebagai seorang wanita yang tekun dan tulus, Marta bersungguh-sungguh memasak untuk tetamu undangannya. Tidak keterlaluan beliau harapkan adik perempuannya Maria untuk membantu di dapur. Jadi bayangkanlah reaksinya apabila melihat Maria duduk dekat kaki Yesus, mendengar ajaranNya. Semasa Marta bertungkus lumus dengan aliran keringat dahi, adiknya bersantai, tidak sedar atau terjejas langsung. Adakah anda rasa keadaan sebegini mungkin menghangatkan serba sedikit perasaannya?

Pada ketika itu, bukan hanya masakan lauk sahaja yang ‘medidih’ di dapur Marta. Niat baiknya mula bertukar haluan yang tidak diduga. Sekarang beliau marah dan cuba memprojeksi perasaan bersalahnya kepada Maria pula.

“Tuan,” dia mencelah sambil menggendalakan ajaran Yesus, “Tidakkah Kau peduli bahawa Maria membiarkan aku buat kerja bersendiri? Suruhlah dia membantu aku!"

Jelasnya, ia bukan perbincangan sopan biasa, dan Marta, sudah tentu, tidak menjangka hal ini akan dimasukkan dalam Alkitab. Tapi pada masa itu, Maria kecewa, tindak balasnya terhadap apa yang beliau rasa kurang sensitif itu salah.

Akibatnya, reputasi Marta terjejas dalam pandangan kita jadi izinkan saya mempertahankan tindakannya itu sebentar. Dari kisah Injil berikutan, kita tahu beliau sudi belajar dari teguran Yesus yang lembut dan beradab. Begitu juga, beliau dipuji Yesus kerana layanannya yang tekun. Tanggungjawab melayani orang lain adalah tema yang ditekankan seluruh Alkitab. Bukan pelayanan, tapi sikapnya berdosa itu yang membawakan kepayahan.

Petikan Dari Disciplines For Life karya C.J. Mahaney, Sovereign Grace Ministries

Comments