Kerana Marta melihat activiti kesibukan sebagai sebagai keutamaan lebih tinggi dari mendengar hikmat daripada Yesus, beliau tersilap dalam TIGA perkara:
1) Marta menuduh Tuhan. “Tuan, tidakkah Kau peduli…?” Saya kesal kerana sering pernah berfikir dan mengucapkan tuduhan yang sama. Andainya kita gagal membentuk tabiat mendengar suara Tuhan, kita mula sangsi terhadap kasihNya. Kita mudah terpengaruh dengan tafsiran palsu keadaan sekitar kita, dan dikuasai gelora emosi semata-mata.
Apabila kita abaikan sifat menanti di hadirat Tuhan dan menerima FirmanNya, kita mudah ragu-ragu akan jagaan Tuhan. Tindakan menuduh Tuhan tidak mengambil berat kehidupan kita amat mendukacitakan hatiNya. Tahukah anda kenapa begitu? Kerana tiada yang lebih mengendahkan diri kita selain Tuhan sendiri. Tiada yang lebih memberi perhatian sepertiNya. Jika kita menelaah Alkitab dan dengar suara Tuhan, kita akan lebih peka dan rasa terjamin dalam jagaan Tuhan yang setia selamanya.
2. Marta menjadi resah. Kamus mentakrifkan istilah “resah” sebagai “hati tidak tenteram, gelisah, mengalami emosi bercanggah”. Apabila kita tidak meluangkan masa dalam hadirat Tuhan, kita mudah runsing dan dialihkan perhatian. Perspektif kita kabur, emosi kita menggodak dan rasa bimbang muncul. Tingkahlaku Marta tepat menggambarkan keadaan ini.
Usah anggap Marta sahaja yang menghadapi masalah sebegini – setiap orang kenal rasa runsing dan gelisah. Apabila kita tidak mendengar suara Tuhan, kita mula risau dan merendahkan martabat Tuhan. Hakikatnya, kita berkata, “Saya tidak rela menaruh kepercayaan kepadaMu, Tuhan”. Akan tetapi, bila kita sembah dan menanti Tuhan, rasa bimbang jarang jadi masalah kerana dalam hadiratNya, kita menerima keyakinan akan kedaulatan, kearifan dan setia kawan Tuhan. Walaupun situasi semasa tidak berubah, kita mempunyai perspektif abadi yang menggantikan rasa bimbang dengan hati aman sejahtera.
3. Marta menuduh dan mengecam adiknya. Kegagalan untuk menanti Tuhan dan mendengar suaraNya sering mencetuskan kritikan dan perbandingan dengan orang lain. Kita sering terdorong dengan rasa geram terhadap mereka, terutama sekali jika mereka nampaknya “lebih rohaniah”. Tapi kalau kita jujur, selalunya kita bertindak seperti reaksi Marta kepada Maria. Ini menampakkan kegagalan kita menanti Tuhan.
Saya terharu dengan cara Yesus menjawab Marta. Beliau tidak menempik, “Tahukah engkau siapa Aku? Berani sungguh kau mencabarku! Saya yang mencipta engkau!” Tidak! Sebaliknya, Yesus tenang duduk dan menunggu Marta habis mendedahkan dosa hatinya, dan memanggilnya, “Marta, Marta”. (Oh ya, jika Tuhan memanggil namamu dua kali, bersedialah untuk menerima teguranNya!)
“Engkau khuatir dan sibuk dengan banyak perkara,” Yesus berkata. “Tetapi hanya satu saja yang perlu: Maria telah memilih yang terbaik, ia tidak akan diambil daripadanya."
Perhatikan bahawa Yesus sedikit pun tidak cuba memberi alasan bagi sikap Marta meskipun pelayanannya penuh bersemangat. Kesungguhan dan kegiatan Marta bukan berasaskan dorongan Roh Kudus ataupun bermotifkan kasih kurnia Tuhan. Malah ia merupakan “perbuatan daging” yang memerangkap orang Kristian dalam kerja legalisme yang tidak bernyawa ataupun mendatangkan buah. Seringkali, hasilnya hanyalah rasa kecewa, geram dan tawar hati yang dicetuskan oleh diri sendiri.
Jika kita berdamai dengan Tuhan menerusi usaha penyelamatan Kristus yang sudah selesai, adalah mustahak kita memupuk perhubungan akrab dengan Tuhan dengan “disiplin rohaniah” seperti doa, pengajian Alkitab, sembah dan lain-lain. Marilah kita tekun mencontohi Maria, bukan Marta, yang dalam kata-kata Kristus, telah memilih “yang terbaik, dan ia tidak akan diambil daripadanya”. Menyerupai Maria dalam kesalihannya terhadap Tuhan adalah pilihan yang lebih baik serta kekal abadi.
Suatu Pendekatan Yang Amat Berbeza
Apa yang akan menyenangkan hati Tuhan? Bagaimana kita mengenali Tuhan dengan lebih intim? Untuk mencerap kehendak Tuhan? Untuk melayani rencanaNya?
Pertama sekali, kita perlu hati yang terbuka untuk menerima Firman Tuhan kerana seorang perantis Yesus bermula dengan takafur sebelum mengambil tindakan. Jika anda tidak sentiasa mendengar kata-kata Tuhan, tanyalah sendiri, “Adakah saya mengambil masa untuk mendengar?” Jika jadual waktu anda mendedahkan bahawa ia tidak diutamakan, usah terkejut kalau anda tidak dapat pertemuan segar dan akrab dengan Ilahi. Demi mendengar suara Tuhan, kita perlu menanti Tuhan dengan tenteram dalam suasana yang tidak terganggu atau pun tergesa-gesa. (Yesus menyuruh kita cari sebuah bilik di mana kita boleh masuk dan menutup pintunya) Meskipun demikian, ramai penganut Kristian menganggap doa sebagai masa untuk berceramah kepada Tuhan semata-mata. Tuhan ada banyak perkara untuk disampaikan kepada kita juga, dan kita dapat mendengarNya hanya jika kita berdiam diri.
Pada ekstrem sebaliknya, kita kadang kala terlampau tegar hati, seolah-olah cuba memaksa Tuhan bercakap. Apabila anda menanti dalam hadiratNya, Tuhan menjanjikan perhubungan dengan kita. Tuhan berhasrat mengajar dan memperlihatkan diriNya kepada kita. Ingatlah, bukan kita yang menjumpai Tuhan tetapi Tuhan yang datang mencari kita. Tiada keengganan dalam diri Tuhan yang perlu kita harungi dengan kuasa usaha sendiri, seakan-akan kekuatan kita mampu berbuat demikian.
Petikan Dari Disciplines For Life karya C.J. Mahaney, Sovereign Grace Ministries

Comments