Jika anda mengikut nasihat duniawi, anda akan melabur dalam portfolio keseronokan yang sementara. Kepentingan mendengar suara Allah Bapa tidak diendahkan dalam senarai kegiatan harian. Sebaliknya, anda akan asyik mengejar harta kekayaan yang terbaru. Anda akan sibuk dengan tuntutan kerjaya sehingga membuta-tulikan keluarga dan gereja. Anda akan menuruf hawa nafsu dalam pelbagai bentuk kesenggangan. Dalam process itu, iman anda akan merupai corak keagamaan hari ini yang (sedihnya) berkos rendah, senang lenang dan nominal.
Alternatif Tuhan adalah radikal sekali. Tuhan sedang membangunkan generasi lelaki dan wanita di gereja-gereja setempat yang berbeza dari segi keinginan dan ikhtiar membara mereka. Pendirian mereka terhadap materialisme jauh berbeza. Sikap mereka terhadap cita-cita kerjaya langsung tidak sama. Cara mereka menggunakan masa lapang amat berlainan. Perbezaan radikal! Bukan bermotifkan legalisme, jangan lupa, tapi berlandaskan gerak balas terhadap kasih karunia Tuhan yang luar biasa. Tuhan bukannya merampas kenikmatan dari kita tetapi sebaliknya, Tuhan mahu memberi kita kepuasan sepenuhnya dalam hadiratNya! Tuhan sedang membentuk umatNya menjadi orang-orang yang mencerminkan kekudusan diriNya demi menyelamatkan dunia ini.
Apabila kita mengamalkan disiplin rohaniah setiap hari, kita memilih apa yang lebih baik dan tidak akan dirampas dari kita. Kita akan mengalami satu-satunya perkara yang benar-benar kita perlukan – iaitu hubungan intim bersama Tuhan.
Sama seperti Maria.
Petikan Dari Disciplines For Life karya C.J. Mahaney, Sovereign Grace Ministries

Comments