Mari kita mengakhiri bab ini dengan meneliti jawaban Yesus kepada Marta. Tuhan mungkin ingin menyampaikan pesanan yang sama bagi anda.
1. “Hanya satu yang perlu.” Luarbiasa sekali penyataan Yesus! Perlunya kita diingati untuk menanti dan membuka hati kepada suara Tuhan setiap hari. Ia keutamaan paling tinggi.
Seperti Yesus, yang hidupnya sibuk sekali, kita harus menyisihkan tabiat meluru dalam kegiatan setiap hari. Sebaliknya, tumpukan masa khususnya untuk mendalami hubungan dengan Tuhan sendiri dan menyatakan kepercayaan anda kepadaNya.
2. Buatlah suatu pilihan. Marta mungkin menganggap bahawa Maria malas dan mementingkan diri sendiri, tapi mendengar ajaran Yesus bukanlah senang. Ia melibatkan disiplin dan ketekunan. Seperti teguran Yesus kepada Marta, “Maria telah memilih apa yang lebih baik” (Lukas 10:42). Setiap hari, kita menghadapi suatu pilihan. Lebih kerap kita memilih seperti Maria, lebih mudah kita membuat pilihan yang tepat.
3. Kenal pasti apa yang kekal abadi. Masakan Marta mungkin sudah dilupai apabila pagi menjelang; tetapi perjamuan Roti Hidup pilihan Maria (Yohanes 6:35) akan abadi selamanya. Maria melabur masa secara bijaksana demi mendalami hubungan dengan Tuhan. Sepertimana Yesus bersabda, “Ia tidak akan diambil daripadanya.”
Esok hari, anda akan menghadapi beberapa pilihan, peluang untuk melabur masa dan tenaga anda dalam pelbagai ikhtiar. Alkitab memberitahu kita bahawa suatu hari, Tuhan akan menilai kehidupan kita. Daripada pelaburan anda hari ini, ada yang berkekalan dan ada yang mungkin disingkirkan.
Petikan Dari Disciplines For Life karya C.J. Mahaney, Sovereign Grace Ministries

Comments