Dalam edisi Majalah Redcliffe, seorang pemerhati Timur Tengah, Colin Chapman mendoakan sedemikian rupa pada 2005. Mungkin doa beliau ada hikmahnya dalam keganasan di Gaza baru-baru ini.
1. Saya berdoa agar Tuhan akan meredakan hati mereka yang kehilangan sanak saudara dan menderita. Siapakah yang Tuhan lindungi? Tuhan bersama orang-orang yang tertindas; Dia adalah pelindung kepada balu-balu dan yatim piatu. Dalam Yesaya 63:9, kita membaca “Dalam ditimpa kesusahan, Dia (Yahweh) juga bersusah...”
2. Saya berdoa untuk umat Kristian di Israel, Palestin dan seluruh Timur Tengah. Saya berdoa untuk pengikut Yesus yang berbangsa Yahudi, orang-orang yang percaya kepada AlMasih (Messianic) kira-kira 200 jemaah berlainan di Israel. Saya memperingati jemaah di Mesir, Palestin, Jordan, Lubnan, Syria dan Iraq yang menderita dan menghadapi kesusahan kerana banyak orang Kristian yang berhijrah ke Barat. Dan saya berdoa untuk institusi-institusi dan agensi-agensi Kristian seperti Elias Chacour dan universitinya di Galilee, Persatuan Tanah Alkitab, Kolej Alkitab Baitulahim, SAT-7 dan Media Timur Tengah, Persatuan-persatuan Alkitab dan Open Doors.
3. Saya berdoa agar keganasan akan berakhir. Saya berdoa agar rakyat Palestin akan sedar bahawa keganasan mereka akan membawa lebih mudarat daripada kemenangan dan akan melemahkan perjuangan mereka.
4. Saya berdoa agar Israel akan membuang cita-cita besar mereka mewujudkan “Israel Raya” (the Greater Israel) dan sedar bahawa ia perlu berbincang atas sempadan awal 1967, bukan sempadan yang ditaklukinya selepas itu. Satu-satunya cara untuk Israel berasa selamat adalah pendamaian dengan orang-orang Arab secara amnya dan orang-orang Palestin terutamanya, ramai daripada mereka yang mungkin sanggup menerima kewujudan negara Israel berasaskan sempadan awal 1967.
5. Saya berdoa agar Negara Palestin terbentuk. Ia mungkin serba kekurangan tetapi satu jalan penyelesaian yang penting pada masa kini.
5. Saya berdoa untuk segala inisiatif untuk mendamaikan orang Yahudi dan Arab. Saya memikirkan contoh sekumpulan ahli-ahli keluarga dari kedua-dua belah pihak bertemu dari semasa ke semasa di Baitulmaqdis. Saya memikirkan tentang pelayanan Musalaha (www.musalaha.org) yang cuba membawa penganut Kristian bangsa Yahudi dan Arab bersama-sama untuk berdamai. Saya berdoa untuk organisasi-organisasi yang berani seperti Women in Black dan Rabbis Against House Demolitions dan ramai lagi individu-individu Yahudi yang menyokong orang Palestin di Tebing Barat, melindungi mereka daripada dibuli pemaju-pemaju Yahudi yang mencuri tanah mereka dan menghalang mereka menuai anggur dan buah olive.
6. Saya berdoa untuk tekanan yang lebih kuat daripada Amerika Syarikat ke atas Israel. Inilah salah satu langkah utama bagi menyelesaikan konflik ini. Rangka resolusi konflik ini telah digariskan dalam Roadmap Pendamaian, dan hanya dapat dikuatkuasakan jika AS sanggup menggunakan pengaruh dan kekuasaannya untuk mendesak pemerintahan Israel untuk berdamai.
8. Saya berdoa untuk perubahan besar dalam hati orang-orang Kristian, terutamanya golongan Evangelikal di AS. Saya secara peribadi berasa sangat-sangat malu melihat mereka sebagai pelobi terbesar yang menyokong polisi berat sebelah kerajaan AS. Sekiranya polisi AS terhadap Vietnam boleh berubah, sekiranya perubahan sikap terhadap apartheid Afrika Selatan oleh seluruh dunia, tidakkah mungkin satu perubahan sikap dapat berlaku dalam konflik Timur Tengah ini?Encounters Mission Ezine Issue 5: April 2005 7 of 7 www.redcliffe.org/mission
9. Saya berdoa agar Yerusalem akan menjadi tempat dimana orang-orang Yahudi, Kristian dan Muslim dapat berkongsi dan bersembahyang di tempat-tempat suci mereka dan bertemu dengan satu sama lain. Untuk berlakunya sedemikian, Israel perlulah membuang tuntutan kedaulatan ekslusif terhadap Yerusalem dan berkongsi kuasa ke atas Bandar tersebut – terutamanya Kota Lama – dengan orang-orang Palestin. Marc Ellis, seorang rabbi Yahudi Amerika menceritakan harapannya bahawa Yerusalem dapat dikongsi bersama, dan status kerakyatan lebih daripada status agama dan identiti kaum dapat diutamakan dalam menjana kehidupan bermasyarakat dan kebertanggungjawapan. Jika ianya dapat dibentuk, Yerusalem akan menjadi symbol harapan kepada orang Yahudi dan Palestin dalam abad ke-21... satu tempat di mana kedua-dua pihak dapat bertemu dalam penderitaan dan keremukan mereka. Inilah harapan yang wajar didoakan.
10. Saya berdoa untuk orang Kristian dalam pemberitaan Injil mereka. Saya mengharapkan individu-individu Yahudi dan Muslim akan dating percaya kepada Yesus dan semua pengikut Yesus di semua jemaah akan menjadi sumber keamanan dan pendamaian kasih baginda.
Dalam konflik ini, lebih daripada yang lain, keamanan dan keadilan berkait rapat. Penulis Kitab Mazmur menyebut kebenaran/keadilan dan keamanan bersama, “keadilan dan damai sejahtera akan bercium-ciuman.” (Mazmur 85:10). James pula menyebut bahawa, ‘orang yang mempunyai kebijaksanaan yang berasal dari atas, ia pertama-tama sekali murni, kemudian suka berdamai, peramah, dan penurut. Ia penuh dengan belas kasihan dan menghasilkan perbuatan-perbuatan yang baik. Ia tidak memihak dan tidak berpura-pura. Memang kebaikan adalah hasil dari benih damai yang ditabur oleh orang yang cinta damai!’ (Jas 3:17-18).
Dari Cahaya Nusantara
Comments