Bangsa Malaysia

Dalam ucapannya dalam Persidangan Media Asia dalam bulan April, Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa Malaysia sebagai contoh yang berjaya dimana kontrak sosial telah menjamin keamanan dan kestabilan untuk 50 tahun. Beliau berkata “Mungkin aspek yang paling signifikan dalam kontrak sosial tersebut adalah persetujuan orang Bumiputera untuk memberikan kerakyatan kepada imigran Cina dan India. Orang Cina dan Inida kini duduk dalam Kabinet Persekutuan dan majlis-majlis mesyuarat tinggi negeri. Ini pula dibalas dengan komuniti imigran bersetuju untuk membenarkan keistimewaan eknomi untuk orang-orang Bumiputera kerana kedudukan ekonomi mereka yang lebih rendah.”

Apakah “kontrak sosial” ini dan apakah peranan yang dimainkan olehnya dalam hubungan antara kaum di Malaysia? Seorang menteri kabinet baru-baru ini menyentuh pekara ini dan kenyataannya menimbulkan kemarahan sesetengah pihak. Apabila memberikan ucapan rasmi dalam Konvensyen Anak Malaysia, Menteri Perusahaan Dato’ Seri Dr Lim Keng Yaik memberi komen bahawa peringatan-peringatan yang bermotifkan politik kepada masyarakat-masyarakat Cina dan India bahawa pemberian kerakyatan kepada mereka adalah hadiah yang perlu disyukuri, akan menjadi satu batu penghalang kepada pembinaan suatu Bangsa Malaysia. Beliau berkata bahawa “beban sejarah ini perlulah dihapuskan”.

Pihak-pihak yang marah membalasnya dengan mendakwa bahawa kenyataan Dato’ Lim’s remarks telah mencabar Kontrak Sosial di mana negara ini telah diasaskan. Datuk Dr Ma’amor Osman, president of Persatuan Pengguna Muslim Malaysia, berkata kenyataan itu “dibuat dengan sengaja untuk menaikkan kemarahan orang Melayu dan bumiputera lain dan memperkecilkan ketuanan Melayu” (Bernama, Aug 14 2005). Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keatas sesiapa yang mempersoalkan isu Kontrak Sosial (Bernama, Aug 15 2005).

Terdapat perubahan dalam cara mentasfir dan memahami Kontrak Sosial. Sesetengah percaya bahawa terdapat penyalahtafsiran dalam sejarah, manakala orang lain pula berfikir bahawa Kontrak Sosial ini telah ditafsir secara simplistik dengan hujah Islam sebagai agama rasmi dan kewujudan Ketuanan Melayu.
Menurut sejarah, Kontrak Sosial pada asalnya merupakan perbincangan di antara berbagai-bagai kumpulan di bawah Suruhanjaya Reid sebelum 1957, sebelum pendrafan Perlembagaan Kemerdekaan. Pakar perundangan mencadangkan bahawa Kontrak Sosial perlulah dibaca berdasarkan laporan Suruhanjaya Reid dan Suruhanjaya Cobbold.

Baca Keseluruhan Artikel CAHAYA NUSANTARA Ini

Comments